Monday, June 20, 2011

Cerita bahagia & Sessi Outdoor Shahruddin & Marliana

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Salam untuk semua..

Rasanya dah lama sangat tak menulis nih.. semua entry aku cuma letak foto tanpa sebarang info @ cerita-cerita disebalik majlis @ pendapat-pendapat yg boleh dikongsi..

Aku bukan lah pandai sgt menulis.. aku gak bukanlah pandai sangat nak bercakap... cuma kali ni aku terpanggil utk menulis... mungkin atas dasar kesedaran dan pengalaman yg dah aku ambil dari perkara2 yang dah berlaku ke atas aku dan sekeliling aku kebelakangan ni.. mungkin agak nampak bias dari apa yg aku cakap.. cuma aku cakap dari apa yg aku rasa dan pasti ianya terlalu banyak kelemahan..

Semua orang nak rasa bahagia.. mcm2 persepsi pasal bahagia ni.. walaupun rasa bahagia tapi secara hakikinya adakah kita bahagia?? korang jawab lah sendiri.. korang yg rasa..

Kebahagiaan hakiki itu rahmat. Tapi bahagia yg kita miliki ini tak semestinya rahmat. Mungkin cuma bahagia yang diciptakan oleh fikiran. Jadi, dapatkanlah bahagia yang sebenar…yang hakiki. Semoga bahagia yang dimiliki itu adalah bahagia atas rahmat Allah SWT.

Dari mata aku la kan.. Mereka yang dapat kebahagiaan tu tak semestinya memiliki kebaikan. Pasal ada yang bahagia sedangkan diri sedang melakukan maksiat. Malah bangga dengan maksiat yang dilakukan. Ada yang bahagia tapi tak semestinya tenang.. kerana ada yang bahagia sedangkan diri berada di dalam keegoan atas kejayaan yang dimilikinya. Itulah yg ditakuti.. bahagia mengikut fikiran dan bukan kebahagiaan yang sebenar iaitu kebahagiaan atas rahmat Allah SWT.

Kita lihat mereka yang melakukan maksiat sentiasa bahagia. Walaupun pasti di dalam jiwa mereka sebenarnya masih mencari sebuah kebahagiaan yang hakiki namun mereka senang dengan kemaksiatan mereka. Mereka yang ego dengan kejayaan juga berasa bahagia dan rasa diri sangat hebat di atas kejayaan itu. Berasa kerana usaha sendirilah yang menyebabkan mereka berjaya.

Semua ni bukanlah bahagia tapi sebenarnya satu BALA daripada Allah SWT. Fujur ( keluar dari kebenaran secara sengaja sehingga kebenaran ini menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran ) itu bukan sahaja nyata keburukannya namun keburukannya terselindung di dalam sesuatu yang dirasakan baik oleh manusia itu sendiri.

Diri diberi rasa baik oleh Allah SWT dengan rasa kebahagiaan, senang hati, gembira etc ketika melakukan fujur. Inilah dugaan yang paling menakutkan kerana kita tidak merasakan keburukan itu satu keburukan lagi tetapi keburukan sudah dirasakan sesuatu kebaikan. Allah memberikan rasa bahagia dan mereka semakin senang dengan rasa ini. Rasa bahagia dan senang ini sebenarnya membuatkan mereka SEMAKIN JAUH dengan Allah SWT. Inilah fujur yang Allah SWT berikan dan fujur ini ramai yang gagal untuk pulang kepada Allah SWT.

Janganlah menghina rakan-rakan yang sentiasa bahagia dengan maksiat dan keburukan. Mereka juga sedang diuji Allah SWT. Allah SWT juga sedang menguji kita di mana Allah SWT melihat sejauh mana kita mampu untuk membawa rakan-rakan yang bermasalah itu datang kepadaNya. Tapi, secara praktikal bagaimana kita mampu membawa diri kita & mereka yang bermasalah itu kepada Allah SWT. Tidak hanya pandai berkata-kata dengan kata-kata bersabarlah, bergantunglah, berserahlah, redhalah, pasrahlah, ikutlah, berusahalah, tabahlah etc.

Rasanya kita perlukan lebih daripada nasihat sebegitu kerana sebenarnya ramai yang mengetahui ketika bermasalah, aku kena sabar. Ketika diri membuka aurat, ada suara kecil berkata-kata, aku berdosa. Ketika ego, ada satu personaliti yang lebih baik sentiasa mengatakan…kamu berjaya atas izin Allah.

Namun diri mereka tidak kuat untuk meninggalkan keburukan, maksiat dan mahu merendah diri kerana jiwa mereka lebih senang terus berada dalam keadaan fujur itu.

Wallahu A'lam...


kali ini koleksi fotografi pengantin aku adalah Sessi outdoor Shahruddin & Marliana yang aku buat kat Taman Alam, Kuala Selangor.. gambar majlis nikah & persandingan boleh tgk kat entry sebelum ni... Mereka Sepasang pengantin yang senyap tapi amat memberi kerjasama & respon yang baik.. Bila hati tenang & senang gambar pn ok la.. Pasal emosi ni amat memberi impak kepada hasil kerja kita.. So, layan je la koleksi foto ni & selamat bahagia kepada pengantin...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

No comments:

Post a Comment