Thursday, October 6, 2011

Pesanan Buat Semua Yang Bergelar Isteri

PETIKAN BUKU MOTIVASI DIRI WANITA - DR. HM TUAH ISKANDAR

Seorang isteri mengadu begini kepada saya, " Suami saya bukanlah
seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada
penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan
saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan
masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di
luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal
bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa
yang boleh saya lakukan sekarang?"

Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn aranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya skrg.

Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,
belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.
Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti
perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?


Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan
yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.
Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.
Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekuranganuntuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".